Saturday, November 12, 2011
aku masih di rumah dan popia cracker
perasan dak 7 minggu dah kita belajaq.. tapi apa yg aku rasa kan cm x belajar apa2 ja. hurmm .. awat cepat sangat masa berlalu... k dah lari topik..
sekarang ni aku tagh duk menyiapkan assignment lynas... arghhh stress!! ada 2 test bakal menjelma rabu akan datang, 4 assignmnet n satu project kena siapkan ...and aku bru sentuh satu ja harini.. di saat ini.. di pagi buta ini.. hahaha... dah tu x sedaq diri balik lewat lagi.. kemon nolis!! perasaan aku >> relax la bukan salah aku, tiket yg dah habeh....
ahah ni sebenarnya akuu nak citer.. petang tadi pukul 6 tangan aku saja la rajen nk buat popia kracker.. sedapppppppppp weiiii.. aku buat sebab sedap la.. kalo x sedap memng x ingin aku buat.. dia x susah nk buat cuma memng makan masa n tenaga...
bahan2 yg diperlukan:
1/2 cawan nestum -kisaq halus k
1/2 cawan gula-kisaq halus gak
1/3 cawan horlick-(x yah duk kisaq ahh dah memang haluih pun)
nanti ampa gaul sekali k 3 bahan2....
kulit popia-ikut suka lah nk buat betuk apa.. bulat, bujur ka,dadu ka asalkan nanti ampa goreng make sure masak and ranggup sudah.. huhu lepas dah goreng sejat dulu biaq kering minyak tu then ampa gaul dalam 3 bahan gaul tu... then siap..
Thursday, September 29, 2011
menguap menguap menguap
masa sekolah menengah paling kritikal menguap.. bnyak ceramah n perhimpunan.. kalo sekali takpa .. ni masyaALLAH berpuluh-puluh kali... sampai kuar air mata.. aduh x tahan... kalo kena ceramah 2 jam.. bayangkanla dalam 2 jam tu aku guna tangan untuk tutp mulut ja..
kritikal betul.. dah la panas gila dalam dewan.. tambah2 kalo kena port tk dak kipas... canteq !! naik menyumpah n menyampah.. hehe.. penah gak aku tertiduq ... masa tu ada angin2 sepoi2 dari luar .. huh aku kalo tertidur secara x sengaja hemm aku malas nk cerita ar... kepala siap kat belakang sandar dekat kerusi.. tiba2 ada pengawas gerakkan aku... maluuuuuuuu .... uwaaaaaa...
mesti hodoh gila aku tidur.. ciss kalo ang tidur cnteq ang suka la ek norlis... hihihi x dak la kalo cmtu..
perangai ni bawa sampai ke matrik.. penah berazam nk bertahan x mo tiduq... tpi x leh gak... huh.. kali ni lagi dasyat akak yg tngkap gambar masa ceramah tu senyum2 kat aku.. aku dah agak dah mesti dia berjaya tangkap gambar aku tidur ..yeah budak khusyuk dengar ceramah...
tapi kali ni kat ump aku dh contol dah .. cara apa tau? apa ? korng nk tau ek.. cara dia korng x yah pegi la ceramah tu.. wakaka.. satu gi kalo korng pergi pun.. korng kuar la gi tandas, dekat2 nk habeh bru korng masuk balik dngar ceramah..
Saturday, September 10, 2011
balik pekan , bukan gambang dah...
Tuesday, August 16, 2011
sudah penat berdoa? patutka pikiq macam tu....
Sudah Penat Berdoa!
Siapa yang tidak pernah rasa sedih? Siapa yang tidak pernah kecewa? Rasulullah S.A.W sendiri pernah rasa kecewa dan pernah berada dalam keadaan yang sangat sedih. Setiap orang pernah diuji dengan pelbagai dugaan berbentuk perasaan. Sedih, resah, adakalanya gembira dan ketawa dan pastinya tidak mampu terlepas dari perasaan kecewa juga.
Kecewa?
Satu perasaan di mana hadirnya mungkin kerana sesuatu yang diinginkan tidak dapat dimiliki seperti yang dibayangkan. Mungkin juga kecewa kerana kehendak hati tidak dapat dipenuhi.
Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini?
"Aku sudah penat berdoa, tapi Allah tidak pernah memakbulkan doa dan permintaanku. Aku sudah penat!"
Putus asa?
Ya, jelas sekali rasa putus asa yang terzahir dari situasi di atas. Kadang-kadang sepertinya kita menyalahkan takdir pula. Sedangkan Allah mengatur segalanya sesuai dengan keperluan dan kebaikan hamba-Nya. Kerana hanya Pencipta tahu apa yang diperlukan dan terbaik untuk ciptaan-Nya. Kadang-kadang apa yang kita mahukan tidak semestinya baik untuk kita. Dan banyak pula perkara yang tidak kita senangi itu sebenarnya adalah baik untuk kita.
Informasi iluvislam.com
Jadilah 'blogstarz' dan kunjungi http://web.iluvislam.com untuk meralisasikannya dan dapatkan segera pakej hosting bermula serendah RM69 setahun dan promosi diskaun 50% merdeka DOMAIN .MY sekarang juga! Gunakan kod kupon MY50MERDEKA.
Sebagaimana penegasan Allah dalam kitab-Nya yang mulia al-Quran:
Maksudnya: boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui. (surah Al-Baqarah:ayat 216)
Persoalannya, wajarkah kita untuk kecewa? Kecewa itu fitrah perasaan. Tetapi bagaimana pula kiranya kalau kekecewaan itu menyebabkan kita berani menuding jari menyalahkan takdir ketentuan Allah?
Mungkin ramai di antara kita frust bila setiap yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Lalu, kita kecewa dan sedih. Kita berdoa tetapi tidak kesemuanya ditunaikan. Kecewakah? Nanti dulu, sahabat. Tanyalah pada diri. Bukankah setiap yang kita miliki saat ini tidak semuanya kita minta daripada Allah.
Tapi Allah dengan murah hati memberi sebelum kita minta. Allah tetap mengurniakan tanpa kita mengajukan kemahuan tersebut kepada-Nya.
Pernahkah kita minta pada Allah untuk dikurniakan oksigen agar kita dapat kita bernafas? Adakah kita setiap hari meminta izin daripada Allah untuk menggunakan kaki, tangan dan lain-lain anggota? Adakah kita pernah minta supaya Allah meminjamkan mata untuk melihat dan mulut untuk bercakap pada setiap hari? Besar kemungkinan jawapannya tidak, bukan?
Jadi mengapalah berkira andai baru sekali kita dibiarkan merasa kecewa. Bukankah ujian itu tanda sayangnya Allah pada hamba-Nya? Sebelum kecewa, nanti dulu. Berhentilah dan cubalah untuk berfikir kembali. Kenanglah segala nikmat yang Allah berikan sehingga tidak mampu kita kira apatah lagi untuk menyukatnya. Jangan hanya kerana kecewa, anda sudah terfikir untuk melakukan perkara yang bukan-bukan atau membunuh diri!
Jadi, tapislah kekecewaan kita supaya jangan kita melampaui batas dalam melayan rasa itu. Kekecewaan yang bermanfaat ialah kekecewaan yang membawa diri dan hati kita lebih dekat dan menyayangi Allah. Kekecewaan yang membahagiakan ialah di saat kebahagiaan itu berjaya mengukuhkan keyakinan hati kita dalam mengimani qada' dan qadar Allah.
Janganlah bersedih dan kecewa kerana di sebaliknya tersimpan kebahagiaan yang Allah hadiahkan sebagai hikmah-Nya.
Maksudnya: Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. [surah Ali Imran: ayat 139]
Wallahu'alam.
Friday, August 5, 2011
puasa ku teruji?
okeh tajuk blog aku harini puasa aku teruji? hihi.. napa dan mengapa... puasa hari kedua tiba2 ja air semakin slow semakin slow n slow... walawaaaaaaaa la beb gua x heran pun x dak air... gua tahu mesti sekjap ja tu.... hahaha gua pun relax2 kembli.. air kuar sikittttt ciputttt.. memng uji kesabaran...
lepas tu tahan la air pakai tong air.. air kuar bagaikan air dalam straw yg dislurp2 dengan sangat perlhan.. apa2 pun bersyukur sebab ada jugak kuar .... aku yakin nanti malam mesti dah ok balik punya.. takkan la TNB kejam sangat nk biar kami menderita .... haih..
lepas tu aku pun ambik kunci moto n kuar pi jalan2 buang angin.. oppss .... hehe aku pi beli tiket balik ump.. mak oi awal siot ang beli tiket norlis.. eh2 jangan terkejut kawan2 tiket kerusi aku dapat belakang tau sebab depn dah penuh.. hah cepat2 la korng beli tiket .. nanti nangis berlagu korang... cepat la beli sebab budak sekolah pun dah nk masuk sekolah..
chewahh sebelum aku nk parking moto aku nmpak la sorng mamat omputeh ni.. chewahh aku pun parking dengan bergayanya sebab manatau dia kata "wauuu smart lah lady ni bike the motor..!!! " hahahaha perasan gilaaaaaaaa...
lepas dah beli tiket aku pun bawa diri ke bazar.. aku lalu ja .. x pa window shopping omputeh kata....
hah dah terkeluar tajuk.. aisey.. k malam tu aku ingat dah ok dah.. nope2.. still sama.. hari kedua pun sama still x ok... teruji kan teruji kan... dengan nak masak untuk berbuka... aku rasa kalo pi tengok muka2 orng2 kampung aku ni mesti masam mencuka ja muka diorng.. conpem!!
hari ketiga ni paling mencabar.. x kuar langsung air.. melampau!!!! waktu bebuka pun still tak dak air.. sedih siott... air kat tong air dah sikit.. hih risau2!!! tiba2 waktu tengok citer korea , aku terdengar bunyi air "tip tip tip" ... terus aku bangun pi tengok.. yeaaaa dah kuar.. tapi sikit ja. lepas aku pi tengok dah tak kuar balik.. haih ni pasaipa ni paip ni.. merajuk x nak kuar lak...
haha then aku pun volenteer la , aku akan berjaga sampai ayeq ada.. ciss baik kan aku... rasanya lebih kurng kul 10.30 air dah kuar sikit2... aku pun tahan la air smpai penuh.. ni machaaaa ambik 2 jam kot nk penuh... tahan air demi bekalan hari esok.. mata pun dah penat gua pun tidurrrr.... esok tu nk sahur, pak tanya hg tahan air ka? ... aku pun masih blur baru bangun aku kata tak tau.. haha terharu kot ayah aku , aku berjaga malam jaga air.. jeng2 tibanya aku di tandas, membuka pili jeng2 wah wah kuar laju sekali ya kamu wahai air...
air dah ok? cissssss penat aku berjaga malam.. teruji teruji.....
p/s: ok aku silap bukan TNB tapi JBA.. hehe..
Thursday, July 7, 2011
checklist untuk kita semua....
1.Hari ini aku dh baca Al-Quran ke belum?
2.Macam mana solat fardu aku hari ni? lewat ke tak?
3.Adakah aku mengingati Allah setiap masa dan ketika?
4.Sekerap manakah aku beristigfar? sekurang2nya 70 kali sehari ke?
5.Sejauh mana aku mendidik diri agar patuh dengan suruhan dan larangan Allah?
6.Sudahkah aku berdoa untuk kesejehteraan ibu bapa,keluarga,sahabat dan semua umat islam sebelumnya?
7.Adakah aku membantu orang lain kerana Allah S.W.T?
8.Sudahkah aku berniat untuk solat tahajjud pada malam hari?
9.Adakah aku merasa riak dan takbur apabila melakukan kebaikan?
10.Apakah yang aku lakukan untuk merealisasikan konsep amar makruf nahi mungkar?
11.Adakah aku menjaga telinga,mata,mulut dan anggota lain dari melakukan maksiat?
12.Adakah aku terima kasih dan bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan kepadaku?
13.Adakah aku berwuduk sebelum tidur?
14.Adakah aku ingin menperbaiki diri dengan lebih untuk hari esok?
Adakah kita lakukan checklist seperti ini setiap hari? ayuh kita mulakan perubahan dalam hidup kita untuk menjadi muslim yang cemerlang.
p/s: semoga kita boleh melakukannya.... amin
Sunday, June 19, 2011
DEMAM NCIS...........ZZZZZZZZ

penah dengar NCIS ?? err ni mesti x tengok tv ni.. ok2 aku tau ampa semua kaki study kan.. haha
NCIS ni singkatan bg Naval Criminal Investigative Service (bru search google nama penuh dia.. hahaha....
sekrang ni x silap aku dah siri ke 8 dah ncis.... emm sure la aku terlepas jugak tengok... very very sad.. siri ni tunjuk kat tv8 .. mesti hari isnin pukul 9.30 malam.. tak silap aku 3 taun lepas kot citer ni start sampai sekrng x habeh2..
nak tau apa yg bestnya drma siri ni; (ceh promot nampak) .... bestnya diselitkan elemen kelakar dalam siri ni.. tu yg menjadikan citer ni menarik untuk ditonton...
dalam siri penyiasatan lain x dak punya elemen kelakar... so meh aku perkenalkan watak2 yg aku minat....
first ejen gibbs:

bg aku dia ni menakutkan kadang2.. bila dia marah fuf habeh.. semua orng bawah dia takut dia.. kelemahan dia , dia tak suka teknologi... haha part ni lawak... bila komputer team dia kena hack, dia cabut wayar ja terus.. ... SATU GI paling dasyat dia penah tembak komputer... ye la betul gak dari terlambat bek tembak ja...
YANG KEDUA: EJEN TODD @ KATE
.... huh aku suka dia.. dia canteq.. haha dia suka bergaduh dengan ejen tony.. babak ni jugak yg sebabkan citer ni menarik... gaduh2 manja gitu!! tapi sedeh sebab watak dia dalam siri 1 n 2 ja.. lepas tu dia mati.. kena tembak.. so jadi watak dia diimatikan.. rasanya sebab pelakon ni ada komitmen len kot jadi so cara ni je la nk matikan watak dia. memng sedeh babak dia kena tembak kat dahi.. betul2 sebelah ejen gibbs n tony.. memng terkejut...uwaaaaaaaa aku pun sedeh sebab aku memng ikut cerita ni dari a to z....
EJEN TONY DINOZZO :

tony ni perasan lebih.. memng suka bergaduh ngan ejen kate.. n dia agak poyo.. dia suka buli ejen mcgee... rasanya dia la paling sedeh bila EJEN KATE mati....
NAMPAK LA DIA MATANG SIKIT BILA EJEN KATE DAH MATI..
aku tak reti nk describe dia ni sangat... hahaha
DUCKY:

EJEN MC GEE

ABBY:

EJEN ZIVA:
TARAAAAAAAAAAAAAA K DIA MUNCUL SELEPAS EJEN KATE MATI


p/s: kesimpulannya.. apa ek.... emmm kita layan ja drama siri ni... zassssssss....
Friday, April 15, 2011
my whole year 1 n year 2...
Tuesday, March 8, 2011
ko-q ko-q n ko-q....

sem ni aku ambik kaunselor.. konon2 nk ambik benda yg x perlu berfikir , mencabar n goyang kaki n seangkatan dengannya.. hahaha.... teruk kan aku... aku tekejut gak kalini dapat la pulak apa yg aku mintak..
bukan apa dari dulu lagi segala jenis k0-q yg aku mintak @ ingin ambik mesti xdapat punya... pasrah2.. antara sebabnya...

1. x sempat daftar.. so berserah pada takdir..
2. kalo sempat daftar pun , tinggal yg tak best macam kawad ... yg x best la .. AKU TAK SUKA KAWAD..
3.memng dah ditetapkan kelas ni kena ambik ni.. x leh pilih2..
huhu... memng aku ingat lagi asyik2 dapat kawad.. dah la x reti gila nk kawad.. padahal x minat.. sikit2 tabik, sikit2 kena denda , sikit2 semua la.. huhu.... tu masa kes matrik.. huh...
hah satu gi.. masa sem 2 kat matrik kena ambik ko-q.. sem tu kelas aku dapat badminton.. masa diumumkan kelas aku dapat badminton... wauuuu betapa gembiranya hati ni.. tak tau nak kata apa... hahaha.. best gilerrrrrr... cikgu aku , dia penolong hep.. jadi tentula dia sibuk kan.. kelas nak kata jarang ada x la sangat.. ada ja..
cikgu aku ni sebelum main badminton kat dewan.. kena joging dulu astaka dua round.. yg bestnya dia pun join sekali.. .. bestla satu kelas joging sama2... saling kejar mengejar.. kalo dh malas sangat tu aku n yg lain2 cross ja rumput.. memng sihat la aku.. ye la joging.. hahaha.. lepas tu baru leh masuk men badminton.. hehe aku men sat2 ja... at least nk tunjuk kat cikgu ja aku x goyang kaki, main la jugak karang dia tolak markah aku... huk2.... cikgu aku ni pun join gak men... bebudak bebudak kelas aku ni memng juara la badminton... smash2 je keja diorng.. tepegun aku.. hahaha..
then aku n yana(bukan nama sebenar) pun dah men mata sesama sendiri.. haha..masing2 dah letak badminton kat lantai n gi usha2 cikgu tengah buat apa.
bukan apa bosan la lama sangat.. so aku pun menyelinap kuar dari dewan senyap2 terpulang kut pintu depan(kalo berani) ikut pintu belakang ke(kalo suam2 takut) , gi la kafe staf... dekat ja.. x sampai 2 minit dh sampai.. dengan pakai baju sukan x malu tul kan dah la memng waktu koko waktu tu, selamba ja gi lepak kat kafe.. beli roti n makan.. hahaha.. x pun bungkus lari kedek2 masuk balik dlam dewan dengan muka tak bersalah lepas tu makan kat luar dewan.. hahaha.. ni la keja aku ngan clasmate aku.. x de guna joging dah lepas tu melantak balik.. hahaha...
ko-q aku waktu matrik ni buat waktu pagi.. yeah waktu pagi.. memng matrik aku saja2 terai buat waktu pagi.... ih2.. pelik kan.. padahal waktu pagi kena gi kuliah.. tapi actually lepas main badminton, memng kena gi kelas..
aa betul gi kelas.. cm biasa.. huh... aku malas tukar baju.. so aku masuk kuliah pakai baju sukan.. yeah!! tu la first time pi kuliah pakai baju sukan n sport shoes.. hebat gilar.. seb baik ada kelonggaran.. haha.. kiranya dalam seminggu tu ada la sehari kitaorng gi kelas x pakai formal.. jimat baju kurung aku..
uhh dah2 kita kembali pada origin.. ko-q aku sem ni best la gak.. dua2 cikgu kelakar.. aku memng kerja gelak ja dalam kelas... x perlu bawak apa2.. lenggang ja gi kelas.. x de kuiz , x de assignment.. duduk2 n buat aktiviti..ooh cakap pasal dua cikgu.. aa dua cikgu ajar aku.. sorng ambik jam yg pertama , sorng gi ambik jam yg kedua.....
cam biasa ar lepas abeh ko-q, kitong pun serbu la tempat bernama PASAR MALAM..
Saturday, February 26, 2011
week end aku...
hemm semalam patut gi genting ngan classmate.. tapi bajet tk cukup. ada benda penting yg perlu diutamakan.. bajet aku dah rancang cukup2 untuk habeh sem ni.. hehe harapkan ptptn je la .. nanti nak usul kat dato' najib la suruh dia bg hadiah bonus kat budak2 ptptn... takpa bila2 boleh pegi ...
harini aku kena selesaikan aksesori laptop aku yg telah lapuk.. baru tachup laptop ni rm750.. so kena la jaga elok2... tentu korang heran napa aku tak beli len ja laptop.. pertama!! ini la hasil peluh ayah aku n adik aku.. adik aku pun ada kasi bayar ini laptop.. aku ?? aku goyang kaki la... hahaha..
ayah aku dh upgrade ram laptop ni .. sayang la pulak.. jadi oleh sebab kecuaian anakanda mu sendiri yg lalai dalam menjaga laptop.. maka aku dengan rasa insafnya mengeluarkan duit ptptn untuk pebaik laptop ni...... sob3...
pagi tadi gi my ten beli cooler fan, mouse , headphone n earphone... best gak shopping gadget ni.. habeh dibuli aku abang2 cina.. cmni la ayat aku " tak leh diskaun lagi ke ", "i nk test dulu la" , "asal retak ni, i nak tukar la" , "x de yg lagi murah ke" , "kalo i buat kad ahli , apa yg i dapat" , "bila i boleh tuntut hadiah kad ni" , bla bla bla bla bla..... hahaha....
lepas tu aku gi secert recipe... macam best ja nk citer ngan korang ni.. ce cite ce cite.. aku gi ngan jiji, ayu , im n izzah.. kami makan 5 biji kek secret recipe... bapak gila kaya!!! 5 biji... hehe... just kidding.. 5 slice je.. haha.... dapat jugak rasa 5 kek.. then ayu n im gi ambik jaket diorng kat oscar n shopping barang2 dapuq sikit.. haha dua orng ni memang rajin memasak... sile2 la ambik diorng jadi bakal isteri ... hak3..... izzah kate lepas makan semua kek ni tak mo gi dah secret recipe. .. hahaha...
Friday, February 25, 2011
rindu kat adik n abang saya...
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! disebabkan adik aku ni tak dak adik lain.. aku la tempat dia bermain... damn!! budak lelaki biasalakan...


game yg kedua. game duit syiling.. adik aku ni penggemar duit syiling dulu. aku pun heran apa la yg fanatiknya duit syiling tu.. ade je jumpa syiling dia rembat.. dah tu suka lak kira hari2.. tak bosan ke.. uihhh. ada satu game ni aish.... dia ajak aku men gakk. buat sempadan kat tengah lantai gak.. leps tu ambik satu syiling n pusingkan syiling .. syiling sapa berdiri paling lama.. dia la menang.. satu gi game buat sempadan, n then lawan tuju syiling... .. syilng mana kuar sempadan kalah n syiling tu dapat kepada yg menang..

adik aku ni fanatik men game komputer.. zaman kecik2 game pokemen adventure, serious sam, red alert, tiberian sun..hah ni yg kome tk suke!! dia nk main sorng2 tkpa gak.. ni dop.. di ajak nya aku sekali main ngan dia.. kalo aku tk main.. hah dia akan kunci aku kat bilik suruh aku men gak...
sekrng ni up sikit la ... dh men half life, call of duty, dota, counter strike....... erghhhhh!! game ni pun dia ajak aku men.. aku tak nak men sumpah!! tapi dia kunci aku kat bilik... dia suruh aku tengok sinopsis game tu n terai main.. seksa jiwa tul!! ayun punya adeq.. huh...
tibe2 ngantuk pulak... emm nanti aku sambung bila2 sudi aku tulis.. hahaha