Sunday, June 22, 2014

20 petua murah rezeki.. (ambil dari sumber blogger lain) .. :D

20 Petua Murah Rezeki


Berikut adalah beberapa tip dan petua agar dipermurahkan rezeki :

1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah

Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah-perintah Allah. Beribadah kepada Allah, maka insya-Allah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.

Allah SWT tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyakkan istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah SWT, yang menjadi sebab Allah SWT jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah SWT jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.

Sabda Nabi s.a.w. :
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Berzikir dan Sentiasa ingat Allah SWT

Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah SWT beri kepada orang beriman.

Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah SWT. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah SWT hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar sesiapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah SWT akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah SWT) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.

Sabda Nabi s.a.w. :
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah SWT lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah SWT akan menunaikan hajatnya…”(Riwayat Muslim)

8. Banyakkan berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu 'alam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari)

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membawa keberkatan dan murah rezeki.

11. Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Selalu berada dalam keadaan berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah SWT akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Selalu Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah SWT dan menjadi sebab Allah SWT buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah SWT azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah SWT membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah SWT menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Selalu bangun solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah SWT.

15. Selalu menunaikan Solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah SWT dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah SWT

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah SWT. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah SWT berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)

Firman-Nya lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadhilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) iaitu ayat seribu dinar jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah SWT lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah SWT, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu 'alam.

18. Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah SWT, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah SWT suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.



19. Berusaha dan berikhtiar sehabis baik

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah SWT berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah SWT beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal dan meletak sepenuh harapan hanya kepada Allah SWT

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah SWT. Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah SWT dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”(Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebutkan di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah SWT akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Rujuk At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah melaksanakan ibadah dan amalan-amalan yang menambahkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Amalan-amalan takwa ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah SWT, lalu Allah SWT limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sekian, semoga kita semua dimurahkan rezeki dan hidup dengan penuh keberkatan dan rahmah daripada-NYA. Insya-Allah.

Wallahu'alam.
Anda mungkin juga meminati:

Tuesday, May 7, 2013

PERJUANGAN!!

assalamualaikum....Semua dah ngundi ke haritu.. bagus2..... macam dakwat printer ja aku tgk dah kat jri aku.. rasa sedih lak nak balik esok.. rasa cm tk mau tidur ja malam ni... huhu... takpa lis , lagi 2 bulan ja lagi.. dah 4 tahun dah lis hg berjuang.. teruskan ja la saki baki 2 bulan ni.. yeah!!  PSM, DATA COMM, CVS !! HERE I COME!!  !!

Thursday, March 7, 2013

Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa dari: http://akuislam.com/blog/renungan/cara-terbaik-menenangkan-hati-kecewa/


Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu. Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita. Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.
Menenangkan hati
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura? Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa. Hati anda merasa tidak tenang. Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah. Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga.
1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al – Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini. Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat. Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang. Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..
2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
** tips supaya mudah nak bangun **
- Berwudhuk sebelum tidur
- Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
- Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
- Kunci jam
3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
 - Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.
4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kekecewaan. KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)
5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali taw. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun. Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )



dari: http://akuislam.com/blog/renungan/cara-terbaik-menenangkan-hati-kecewa/#ixzz2MwCwxFAV

Tuesday, March 5, 2013

~kegilaan~

assalamualaikum... Lama gila gilaa gila aku x updata blog aku.. sebab aku ada banyak masa terluang walopun ada ja keja sebenarnya , disebabkan tak dak mood aku rela buat last minute .. manatau last minute membuahkan hasil yg lebih baik... hahaha.. 

yg kat bawah ni bukan kegilaan aku.. saja ja post nk bg terliur sikit tengah hari  cmni.. hihi.. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... huwaaaaarhhhhhh nakkk!!



Saturday, November 12, 2011

aku masih di rumah dan popia cracker

yeah di kala semua orang dah berada di ump. aku masih di rumah .. haha. masih di perlis.. yeah lompat2 , betapa bahagianya duk umah.. haha..  bila agaknya aku nak balik? mungkin aku ponteng kelas? maybe..

perasan dak 7 minggu dah kita belajaq.. tapi apa yg aku rasa kan cm x belajar apa2 ja. hurmm .. awat cepat sangat masa berlalu... k dah lari topik..

sekarang ni aku tagh duk menyiapkan assignment lynas... arghhh stress!! ada 2 test bakal menjelma rabu akan datang, 4 assignmnet n satu project kena siapkan ...and aku bru sentuh satu ja harini.. di saat ini.. di pagi buta ini.. hahaha... dah tu x sedaq diri balik lewat lagi.. kemon nolis!! perasaan aku >> relax la bukan salah aku, tiket yg dah habeh....

ahah ni sebenarnya akuu  nak citer.. petang tadi pukul 6 tangan aku saja la rajen nk buat popia kracker.. sedapppppppppp weiiii.. aku buat sebab sedap la.. kalo x sedap memng x ingin aku buat.. dia x susah nk buat cuma memng makan masa n tenaga...

bahan2 yg diperlukan:
1/2 cawan nestum -kisaq halus k
1/2 cawan gula-kisaq halus gak
1/3 cawan horlick-(x yah duk kisaq ahh dah memang haluih pun)

nanti ampa gaul sekali k 3 bahan2....

kulit popia-ikut suka lah nk buat betuk apa.. bulat, bujur ka,dadu ka asalkan nanti ampa goreng make sure masak and ranggup sudah.. huhu lepas dah goreng sejat dulu biaq kering minyak tu then ampa gaul dalam 3 bahan gaul tu... then siap..



Thursday, September 29, 2011

menguap menguap menguap

kali ni topik aku pasal menguap .. menguap best ke?? kalo kena pada tempat ok la.. haih... geram sebab selalunya menguap x kena tmpat..hihi...


masa sekolah menengah paling kritikal menguap.. bnyak ceramah n perhimpunan.. kalo sekali takpa .. ni masyaALLAH berpuluh-puluh kali... sampai kuar air mata.. aduh x tahan... kalo kena ceramah 2 jam.. bayangkanla dalam 2 jam tu aku guna tangan untuk tutp mulut ja..


kritikal betul.. dah la panas gila dalam dewan.. tambah2 kalo kena port tk dak kipas... canteq !! naik menyumpah n menyampah.. hehe.. penah gak aku tertiduq ... masa tu ada angin2 sepoi2 dari luar .. huh aku kalo tertidur secara x sengaja hemm aku malas nk cerita ar... kepala siap kat belakang sandar dekat kerusi.. tiba2 ada pengawas gerakkan aku... maluuuuuuuu .... uwaaaaaa...


mesti hodoh gila aku tidur.. ciss kalo ang tidur cnteq ang suka la ek norlis... hihihi x dak la kalo cmtu..


perangai ni bawa sampai ke matrik.. penah berazam nk bertahan x mo tiduq... tpi x leh gak... huh.. kali ni lagi dasyat akak yg tngkap gambar masa ceramah tu senyum2 kat aku.. aku dah agak dah mesti dia berjaya tangkap gambar aku tidur ..yeah budak khusyuk dengar ceramah...


tapi kali ni kat ump aku dh contol dah .. cara apa tau? apa ? korng nk tau ek.. cara dia korng x yah pegi la ceramah tu.. wakaka.. satu gi kalo korng pergi pun.. korng kuar la gi tandas, dekat2 nk habeh bru korng masuk balik dngar ceramah..




Saturday, September 10, 2011

balik pekan , bukan gambang dah...

salam.. apa khabar semua.. uwaaaaa dah lama x update blog.. harini last day aku duk kat umah.. petang ni dah balik pahang.. kali ni lagi jauh la.. seblum ni balik gmbang ja.. ada la lebih kurang 11 jam.. sikit ja kan.. =_=.. kali ni lagi jauh aku kena balik.. pekan .. ambik ang.. tambah sejam lebih kut.. so tambah mai tambah adala 13 jam.. x lama pun kan.. lalalala.... seblum ni balik dengan farah ... senior ump.. dia yg bnyak bntu aku.. huhu tq farah.. kali ni dia dah habeh dah belajar.. aku kena la cari orng len lak.. apa2 pun seb bek bus aku direct..

sebenarnya cuak ni nak balik pahang.. dah 4 bulan x naik bus jauh2 ni.. eleh dekat2 pun mana penah nek pun kan ... doa2 kan saya balik dengan selamat n sampai dengan selamat.. sebenarnya aku pun tak tau cm mana nk gi pekan ni.. fenin.... =-= ... tawakal ja la.. janji aku sampai pahang... bg aku setiap orang ada cabarn nak balik u...  bergantung pada hal masing2.. selama 2 taun ni aku selalu balik dengan budak kos lain sebab mana ada budak kos aku orng perlis.. jadi agak payah la jugak... 

memang susah duk jauh ni.. kali ni tak tau la cm mana.. esok jumpa kawan bru plan cm mana nk gi pekan .. segan nk susahkan orng.. ingatla cm ni bukan SENANG DUDUK JAUH..  jadi kalo sapa2 yg dudk dekat2 tu bersyukur la.. kalau ada kesenangan untuk aku pulang  u ,disebabkan kesusahan aku untuk berada jauh dai keluarga,.. macam ni la ada naik dan turun la... 

hah satu gi prob.. pindah2 pekan gak.. barang nk duk pekan cukup dak? dah la 2/3 barang2 aku aku tinggal kat fakulti pembuatan.. hahaha.. aku simpan kat gambang... kan aku kata SUSAH DUK JAUH NI... tapi takpa la aku pakai ja apa yg ada.... nanti stor bukak hri rbu bru aku gi ambik.. kena la ponteng kelas.. :(

isnin dah start kelas kan.. mesti lain kan rasa nanti,... sebab sistem or.. la.. berterabur dah aku rasa budak2 kelas kan...  

p/s: huh bye2 perlis....