Tuesday, August 16, 2011

sudah penat berdoa? patutka pikiq macam tu....

Sudah Penat Berdoa!

Siapa yang tidak pernah rasa sedih? Siapa yang tidak pernah kecewa? Rasulullah S.A.W sendiri pernah rasa kecewa dan pernah berada dalam keadaan yang sangat sedih. Setiap orang pernah diuji dengan pelbagai dugaan berbentuk perasaan. Sedih, resah, adakalanya gembira dan ketawa dan pastinya tidak mampu terlepas dari perasaan kecewa juga.

Kecewa?

Satu perasaan di mana hadirnya mungkin kerana sesuatu yang diinginkan tidak dapat dimiliki seperti yang dibayangkan. Mungkin juga kecewa kerana kehendak hati tidak dapat dipenuhi.
Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini?

"Aku sudah penat berdoa, tapi Allah tidak pernah memakbulkan doa dan permintaanku. Aku sudah penat!"

Putus asa?

Ya, jelas sekali rasa putus asa yang terzahir dari situasi di atas. Kadang-kadang sepertinya kita menyalahkan takdir pula. Sedangkan Allah mengatur segalanya sesuai dengan keperluan dan kebaikan hamba-Nya. Kerana hanya Pencipta tahu apa yang diperlukan dan terbaik untuk ciptaan-Nya. Kadang-kadang apa yang kita mahukan tidak semestinya baik untuk kita. Dan banyak pula perkara yang tidak kita senangi itu sebenarnya adalah baik untuk kita.

Informasi iluvislam.com

Jadilah 'blogstarz' dan kunjungi http://web.iluvislam.com untuk meralisasikannya dan dapatkan segera pakej hosting bermula serendah RM69 setahun dan promosi diskaun 50% merdeka DOMAIN .MY sekarang juga! Gunakan kod kupon MY50MERDEKA.

Sebagaimana penegasan Allah dalam kitab-Nya yang mulia al-Quran:

Maksudnya: boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui. (surah Al-Baqarah:ayat 216)

Persoalannya, wajarkah kita untuk kecewa? Kecewa itu fitrah perasaan. Tetapi bagaimana pula kiranya kalau kekecewaan itu menyebabkan kita berani menuding jari menyalahkan takdir ketentuan Allah?

Mungkin ramai di antara kita frust bila setiap yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Lalu, kita kecewa dan sedih. Kita berdoa tetapi tidak kesemuanya ditunaikan. Kecewakah? Nanti dulu, sahabat. Tanyalah pada diri. Bukankah setiap yang kita miliki saat ini tidak semuanya kita minta daripada Allah.

Tapi Allah dengan murah hati memberi sebelum kita minta. Allah tetap mengurniakan tanpa kita mengajukan kemahuan tersebut kepada-Nya.

Pernahkah kita minta pada Allah untuk dikurniakan oksigen agar kita dapat kita bernafas? Adakah kita setiap hari meminta izin daripada Allah untuk menggunakan kaki, tangan dan lain-lain anggota? Adakah kita pernah minta supaya Allah meminjamkan mata untuk melihat dan mulut untuk bercakap pada setiap hari? Besar kemungkinan jawapannya tidak, bukan?

Jadi mengapalah berkira andai baru sekali kita dibiarkan merasa kecewa. Bukankah ujian itu tanda sayangnya Allah pada hamba-Nya? Sebelum kecewa, nanti dulu. Berhentilah dan cubalah untuk berfikir kembali. Kenanglah segala nikmat yang Allah berikan sehingga tidak mampu kita kira apatah lagi untuk menyukatnya. Jangan hanya kerana kecewa, anda sudah terfikir untuk melakukan perkara yang bukan-bukan atau membunuh diri!

Jadi, tapislah kekecewaan kita supaya jangan kita melampaui batas dalam melayan rasa itu. Kekecewaan yang bermanfaat ialah kekecewaan yang membawa diri dan hati kita lebih dekat dan menyayangi Allah. Kekecewaan yang membahagiakan ialah di saat kebahagiaan itu berjaya mengukuhkan keyakinan hati kita dalam mengimani qada' dan qadar Allah.

Janganlah bersedih dan kecewa kerana di sebaliknya tersimpan kebahagiaan yang Allah hadiahkan sebagai hikmah-Nya.

Maksudnya: Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. [surah Ali Imran: ayat 139]

Wallahu'alam.

Friday, August 5, 2011

puasa ku teruji?

salam ramadhan semua.. semua sihat? alhamdulillah.. chewahh.. haih korang buat apa cuti ni? korng puasa dak harini? hahaha just kidding.. harini korng rancang berbuka apa? aku ingat nk berbuka gulai ikan mamak la harini.. kawwwwwwww punya !!!

okeh tajuk blog aku harini puasa aku teruji? hihi.. napa dan mengapa... puasa hari kedua tiba2 ja air semakin slow semakin slow n slow... walawaaaaaaaa la beb gua x heran pun x dak air... gua tahu mesti sekjap ja tu.... hahaha gua pun relax2 kembli.. air kuar sikittttt ciputttt.. memng uji kesabaran...

lepas tu tahan la air pakai tong air.. air kuar bagaikan air dalam straw yg dislurp2 dengan sangat perlhan.. apa2 pun bersyukur sebab ada jugak kuar .... aku yakin nanti malam mesti dah ok balik punya.. takkan la TNB kejam sangat nk biar kami menderita .... haih..

lepas tu aku pun ambik kunci moto n kuar pi jalan2 buang angin.. oppss .... hehe aku pi beli tiket balik ump.. mak oi awal siot ang beli tiket norlis.. eh2 jangan terkejut kawan2 tiket kerusi aku dapat belakang tau sebab depn dah penuh.. hah cepat2 la korng beli tiket .. nanti nangis berlagu korang... cepat la beli sebab budak sekolah pun dah nk masuk sekolah..

chewahh sebelum aku nk parking moto aku nmpak la sorng mamat omputeh ni.. chewahh aku pun parking dengan bergayanya sebab manatau dia kata "wauuu smart lah lady ni bike the motor..!!! " hahahaha perasan gilaaaaaaaa...

lepas dah beli tiket aku pun bawa diri ke bazar.. aku lalu ja .. x pa window shopping omputeh kata....

hah dah terkeluar tajuk.. aisey.. k malam tu aku ingat dah ok dah.. nope2.. still sama.. hari kedua pun sama still x ok... teruji kan teruji kan... dengan nak masak untuk berbuka... aku rasa kalo pi tengok muka2 orng2 kampung aku ni mesti masam mencuka ja muka diorng.. conpem!!

hari ketiga ni paling mencabar.. x kuar langsung air.. melampau!!!! waktu bebuka pun still tak dak air.. sedih siott... air kat tong air dah sikit.. hih risau2!!! tiba2 waktu tengok citer korea , aku terdengar bunyi air "tip tip tip" ... terus aku bangun pi tengok.. yeaaaa dah kuar.. tapi sikit ja. lepas aku pi tengok dah tak kuar balik.. haih ni pasaipa ni paip ni.. merajuk x nak kuar lak...

haha then aku pun volenteer la , aku akan berjaga sampai ayeq ada.. ciss baik kan aku... rasanya lebih kurng kul 10.30 air dah kuar sikit2... aku pun tahan la air smpai penuh.. ni machaaaa ambik 2 jam kot nk penuh... tahan air demi bekalan hari esok.. mata pun dah penat gua pun tidurrrr.... esok tu nk sahur, pak tanya hg tahan air ka? ... aku pun masih blur baru bangun aku kata tak tau.. haha terharu kot ayah aku , aku berjaga malam jaga air.. jeng2 tibanya aku di tandas, membuka pili jeng2 wah wah kuar laju sekali ya kamu wahai air...

air dah ok? cissssss penat aku berjaga malam.. teruji teruji.....

p/s: ok aku silap bukan TNB tapi JBA.. hehe..